Monday, July 14, 2008

Warna warni kehidupan

Petang kelmarin aku sampai rumah sekitar jam 5.30pm, selesai je habis kelas MANS1213. Sampai sampai je kat rumah, aku terus melihat istriku yang berbaring diatas sofa kerana tidak bermaya. La ni sedang mengandung masuk 10 minggu. Time ni rasanya dia perlukan moral support dari aku. Makan tak nak. Minum tak nak dari pagi tadi sampai sekarang. Kesian rasanya. Danial pula asyik meragam je kalau melihat papa nya balik. Nak ajak kita jalan jalan kat luar. Tapi aku pula tak bleh. Kesian melihat istri. Aku memujuk juga istriku untuk makan. Tapi dia tetap kata takda selera nak makan. Pukul 7 petang tetiba pula dia tanya lauk apa yang ada dijual kat akfeteria Hospital.

Aku kata, " Sik pasti juaklah lauk apa dijual. Mun kitak maok kita pergi ajaklah ke sia" (Bahasa Sarawak wei).
Istriku kata, " Sik maok eh, time macam tok nak berjalan ke sia".
Laaa....kalau macam tu macamana nak tau lauk apa. Aku terus memvolunteerkan diri untuk masak. Tapi istriku kata, " Eh, sik maok eh nak makan masak kitak ya". Emm, istriku taknak makan bawang putih. Aku pula suka letak berkilo kilo bawang putih kat dalam masakan. Aku pun kata," oklah, kali tok sik engkah bawang putih".

La la la la la la...aku terus ke dapur dan start mengoreng goreng. Masuk benda tu tikam benda ni kat dalam kuali dan hasilnya............... siap 40 minit kemudian. Aku mengajak istriku makan.
Nyam nyam nyam. Walaa.............istriku kata," Eh, lebih sedap dimakan kita ari marek lah". Huhuhu...tuler, tak kenal maka tak cinta. :))))

Eh, dah nak kol 8 am ni. Aku ada kelas lah kat skil lab. Chow dulu.....