Tuesday, July 8, 2008

Malam Penutupan Orientasi

Malam Penutupan orientasi bagi Kumpulan 22 telah disempurnakan malam tadi oleh Pengarah En Yu Chye Wah. Persembahan kali ni jika dibandingkan dengan persembahan kumpulan yang lepas lepas adalah yang terbaik. Ini kerana kali ini terdapat persembahan dari Sabah dan Sarawak. Makanan? Well, makanan memang superb. Majlis malam tadi selesai pada pukul 9.30 malam.
Pagi ni pula ada majlis taklimat untuk Local preseptor. Makan free lagi ler. Hip Hip Hurray....Tapi rasanya tak bleh nak ikut pasal nak siapkan lesson plan untuk pengajaran esok. Kamera? Ishh..ni part yang paling boring. Tiap kali kamera dah ada kat tangan, bateri pula yang problem. Terlupa nak caj lah. Bateri terlupa lah. Dan macam macam lagi alasan. Hahaha. Tapi takpa, nanti nak minta kat Student atau pengajar lain yang ada bawa kamera untuk diupload kat dalam ni. Pukul 10 nanti ada perjumpaan perbincangan dengan student untuk HSR. Rasanya blog ni lebih kepada diari peribadi yang dapat diakses semua.