Monday, June 30, 2008

Esok PTK wei...

Esok aku kena pi Insaniah ler. Ada PTK. Stadi tak lagi. Macam mana ni? Buku asyik pegang jer tapi tak belajar. Baca dah banyak kali tapi setakat baca je. Well, PTK PTK. Lets take the bright side. Kalau aku p PTK esok ni adalah benda benda ganjaran yang aku dapat:

a. Tak yah menyibuk waktu Orientasi.......Hurray.
b. Tak yah jaga gerai pameran.......Hip Hip Hurray.
c. Tak yah penat penat duduk dalam khemah. Duduk dalam dewan peperiksaan yang beraircond jer....Yahoo...

Eh, merepek betul plak aku ni. Tapi semua ni nak release tensen jer. Well, Zam, be Happy. Go for ur PTK. Wish all the best (Ops...since nobody wishes me).

Sunday, June 29, 2008

Tensennyaaaaaaaa

TENSENNYAAAAAAA.........1 JULAI 2008 EXAM PTK TAPI TAK BELAJAR LAGI NI. KUNCI LOKER PULA TAK BAWA. NAK AMIK BARANG KAT DALAM TAK BLEH. MAKINLER TENSENNNNNN......


SORI EK, GUNA BOLD DAN FONT BESAQ. ORANG TENGAH TENSEN NI. SAT SAT ...........AMIK KO!!!!!!

NAH RASAKAN ....KO NAK LAGI? MAI SINI....
-
-
-
-
-

-

PADAN MUKA HANG...
-
-
-
NAK RILEKSSS JAP...LA LA LA LA LA LA LA....

FUHHHHH LEGANYAAAA.....................

Saturday, June 28, 2008

Thursday, June 26, 2008

Satu Impian Sejuta Kenangan

Malam perpisahan dengan para pelatih dari Kumpulan 16 telah diadakan di Hotel Villa pada 24hb Jun. Malam tu kamera dah bawa kat tangan pun tapi malangnya terlupa pula nak caj bateri kamera. geram betul rasa nya. Pas tu minta tolong student untuk snap je mana mana pic yang menarik dan hasilnya, Wallaaaa..........

Control machoooo................
Sesi bergambar kenangan dengan para pelatih Kumpulan 16.
Wahhh, En Tuah ikut sekali karaoke rupanya malam tu.
Ehem ehem....
Gambar kenangan kakitangan KPPAS...
Kepada semua pelatih Kumpulan 16, selamat maju jaya. Semoga berjaya menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang berkaliber dan mengharumkan nama profesion dan Kolej Alor Star.

Tuesday, June 24, 2008

Selamat Pagi Malaysia



Video ni dah lama rasanya nak upload kat dalam blog tapi ada ada je problem. Malas rasa nak menaip pepanjang ni. Saja nak tunjuk eksen. Pernah masuk TV ler wei...HUHUHU.

Sampai nanti

Tak tau tajuk apa yang nak diletak kat dalam ruang blogspot ari ni. Kebetulan dengar lagu letto bertajuk sampai nanti. terus je letak sampai nanti. Nak letak tajuk catchy sikit tak reti.
Pagi ni sampai lewat kat kolej. tapi bukan ler nak lari tugas. Dah habaq kat Pengarah sebelum nak mai kolej. Pagi ni terlalu sibuk menguruskan benda tu dan benda ni. Pukul 8 tadi menghantar isteri ke Kolej Universiti Insanah sebab pagi ni dia ada PTK. Terlupa nak wish. Pukul 2 nanti ada kelas untuk budak budak Kumpulan 16 sebab la ni depa tengah induksi. Malam ni pula depa nak buat Farewell dinner kat semua pengajar di Hotel Villa.

Monday, June 23, 2008

Mesyuarat orientasi

Mesyuarat Orientasi untuk Kumpulan 22 yang akan masuk pada 1 Julai 2008 ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh En Yu.C.W selaku Pengarah Kolej dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Tetapi malangnya saya tidak dapat untuk hadir pada 1 Julai 2008 untuk kursus orientasi pelatih baru kerana terpaksa mengikuti peperiksaan PTK pada hari tersebut di Kolej Universiti Insaniah Mergong (KUIN).

Sunday, June 22, 2008

ICMS Adoption Training (Phase 1)

Kursus ICMS untuk Kolej Pembantu Perubatan Alor Star telah bermula pada 18 Jun dan telah tamat pada 22 Jun 2008. Hampir kesemua tenaga pengajar dan kakitangan sokongan telah mengikuti kursus selama 5 hari ini.
Kursus ICMS yang telah dijalankan oleh tenaga Prestariang ini amat berguna bagi kami sebagai tenga pengajar untuk memantapkan lagi proses Pengajaran dan Pembelajaran kami. Banyak benda yang selama ini nampak terlalu sukar untuk diaplikasikan telah dapat kami lakukan. Terlalu banyak faedah yang dapat kami pelajari. Mengenali software yang berguna untuk proses P&P dan sebagainya serta mengetahui cara cara untuk menilai atau membuat Power Point. Sebelum ini bagi saya, asalkan Power Point yang ada gambar dan menarik adalah power Point yang bagus. Tetapi setelah belajar mengenai "CASPER" saya serba sedikit dapat mengetahui teknik untuk menilai Power Point yang bagus atau tidak. Rasanya tidak sabar untuk menunggu kedatangan dari En Abdul Hamid, En Suhaimi dan Cik Azleen sekali lagi pada bulan Ogos ini untuk kursus ICMS fasa kedua pula.
Tidak sabar rasanya untuk masuk kekelas pada semester Julai 2008 ini untuk mengaplikasikan pembelajaran yang telah kami lakukan semasa fasa 1 ini. Kepada staf Prestariang yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami, saya ucapkan berbanyak banyak terima kasih.

Friday, June 20, 2008