Tuesday, June 24, 2008

Sampai nanti

Tak tau tajuk apa yang nak diletak kat dalam ruang blogspot ari ni. Kebetulan dengar lagu letto bertajuk sampai nanti. terus je letak sampai nanti. Nak letak tajuk catchy sikit tak reti.
Pagi ni sampai lewat kat kolej. tapi bukan ler nak lari tugas. Dah habaq kat Pengarah sebelum nak mai kolej. Pagi ni terlalu sibuk menguruskan benda tu dan benda ni. Pukul 8 tadi menghantar isteri ke Kolej Universiti Insanah sebab pagi ni dia ada PTK. Terlupa nak wish. Pukul 2 nanti ada kelas untuk budak budak Kumpulan 16 sebab la ni depa tengah induksi. Malam ni pula depa nak buat Farewell dinner kat semua pengajar di Hotel Villa.