Sunday, June 22, 2008

ICMS Adoption Training (Phase 1)

Kursus ICMS untuk Kolej Pembantu Perubatan Alor Star telah bermula pada 18 Jun dan telah tamat pada 22 Jun 2008. Hampir kesemua tenaga pengajar dan kakitangan sokongan telah mengikuti kursus selama 5 hari ini.
Kursus ICMS yang telah dijalankan oleh tenaga Prestariang ini amat berguna bagi kami sebagai tenga pengajar untuk memantapkan lagi proses Pengajaran dan Pembelajaran kami. Banyak benda yang selama ini nampak terlalu sukar untuk diaplikasikan telah dapat kami lakukan. Terlalu banyak faedah yang dapat kami pelajari. Mengenali software yang berguna untuk proses P&P dan sebagainya serta mengetahui cara cara untuk menilai atau membuat Power Point. Sebelum ini bagi saya, asalkan Power Point yang ada gambar dan menarik adalah power Point yang bagus. Tetapi setelah belajar mengenai "CASPER" saya serba sedikit dapat mengetahui teknik untuk menilai Power Point yang bagus atau tidak. Rasanya tidak sabar untuk menunggu kedatangan dari En Abdul Hamid, En Suhaimi dan Cik Azleen sekali lagi pada bulan Ogos ini untuk kursus ICMS fasa kedua pula.
Tidak sabar rasanya untuk masuk kekelas pada semester Julai 2008 ini untuk mengaplikasikan pembelajaran yang telah kami lakukan semasa fasa 1 ini. Kepada staf Prestariang yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami, saya ucapkan berbanyak banyak terima kasih.